Pages

Saturday, January 15, 2011

Motivation

Motivasi adalah salah satu langkah untuk membina pertahanan diri dengan rangsangan dalam atau luaran. Melalui aktiviti memotivasikan diri ia dapat melahirkan kita sebagai individu yang mempunyai sikap yang yakin dengan kebolehan diri sendiri. Manusia atau insan yang berjaya mempunyai pertahanan dalaman yang sangat kuat. Intra dan interpersonal yang dimiliki insan sebegini sangat hebat dan luar biasa. Bila berbicara tentang motivasi kita sering terfikir bagaimana cara-cara untuk meningkatkan tahap motivasi dalam yang tinggi dan teguh. Antara yang perlu dilakukan ialah yakin dengan kebolehan diri sendiri. Sentiasa melakukan tindakan yang positif dan menerima keputusan dengan hati terbuka. Kaedah ini adalah antara kaedah yang sangat sesuai dalam membentuk motivasi dalaman diri. Nilai-nilai positif perlu diterapkan dalam diri dan perlu diamalkan setiap hari, Contohnya kita perlu menepati masa dan waktu. Dengan disiplin sebegini ia membentuk peribadi individu yang berjati diri dan berpendirian teguh. Now we know motivation very important for our life.

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget